KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) sudah menghantar surat jemputan kepada pemimpin BERSATU untuk menghadiri mesyuarat gabungan parti berkenaan di Kuala Lumpur malam ini.
Mengesahkan perkembangan itu di sini, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata mesyuarat berkenaan dijadualkan di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
"Terpulang kepada pemimpin BERSATU memutuskan sama ada mahu menghadiri mesyuarat berkenaan atau sebaliknya," katanya di sini, hari ini.
Takiyuddin berkata, dua agenda utama akan dibincangkan pada mesyuarat berkenaan iaitu status kes PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.









