KEMAMAN: Seorang lelaki maut selepas disengat kumpulan lebah di satu kawasan di Batu 18, Jalan Air Putih, dekat sini, semalam.

Hafizul Mat Nor, 40, dikatakan disengat lebah ketika cuba mengambil madu lebah di atas sebatang pokok, kira-kira 9.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, berkata sebelum kejadian, mangsa mengajak rakannya yang berusia 44 tahun menemaninya untuk mengambil madu lebah di situ.

Beliau berkata, rakan mangsa pada mulanya melarang mangsa mengambil madu lebah terbabit, kerana kedudukan pokok itu sangat tinggi.