KOTA TINGGI - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kemalangan di pencawang elektrik miliknya yang mengorbankan seorang lelaki di daerah ini pada Isnin.Menurut TNB, pasukan teknikalnya digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan berhubung insiden berkenaan."Kejadian berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti vandalisme."Kami akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam siasatan lanjut," menurut kenyataan itu pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa seorang lelaki maut ketika dipercayai cuba mencuri kabel elektrik bawah tanah di tepi jalan besar Kilometer 21, Felda Adela menghala ke Sungai Rengit, Kota Tinggi.Lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan terbaring kira-kira satu meter dari pencawang elektrik dan 20 meter dari jalan raya.Tambah TNB, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengusik, membuka atau menghampiri pepasangan elektrik kerana perbuatan itu boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.
TNB sahkan kejadian lelaki maut di pencawang elektrik

Key takeaways
TNB mengesahkan kematian seorang lelaki di pencawang elektrik semasa cubaan mencuri kabel bawah tanah.
- Lelaki itu ditemukan berdekatan pencawang elektrik di Kota Tinggi.
- TNB menyatakan sokongan penuh kepada siasatan pihak berkuasa.
- Orang ramai dinasihatkan tidak mengganggu peralatan elektrik untuk mengelak kecederaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TAUFIK SALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Lelaki maut jatuh pangsapuri, saksi dicari polis
- Harian Metro Polis sahkan identiti empat maut di Gerik
- Berita Harian Empat maut di Gerik: Polis sahkan identiti mangsa
- Malaysiakini (BM) Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa
- Sinar Harian TNB sahkan kejadian lelaki maut di pencawang elektrik (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2F9b9a5580ddb583f4be41effb0ba0c77e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
