Polis mengesahkan identiti mangsa kemalangan maut membabitkan empat individu, termasuk seorang kanak-kanak di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran kawasan Tasik Banding, Gerik pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abdul Samad Othman dalam maklum balas ringkas kepada Bernama mengesahkan mereka ialah Al Zubair Deraman, 31, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, dan Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.
Bagaimanapun, identiti kanak-kanak perempuan itu tidak dapat disahkan setakat ini manakala difahamkan mangsa yang cedera pula ialah Mohammad Shiraz Hammani Abdul Fattah, 9.
Beliau turut mengesahkan kesemua mangsa beralamat di Kota Bharu, Kelantan.
Terdahulu, kemalangan maut itu dipercayai berpunca daripada kereta Perodua Axia hilang kawalan sebelum merempuh bahagian hadapan lori di lokasi itu.








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/17d62d09984d2c8144d6d0852c05b997.jpg)
