KOTA BHARU: Sebanyak 11,000 hektar kawasan tanaman padi di bawah kelolaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di negeri ini berdepan risiko ditenggelami banjir sekiranya tidak sempat dituai menjelang Disember ini.

Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad, berkata ia berikutan jangkaan banjir pada bulan depan dengan kebanyakan lokasi kawasan itu di Tumpat berikutan ia daerah paling terkesan menerima banjir.

"Untuk musim 1/2026 ini, padi sudah selesai dituai 14,000 hektar dan dijangka 11,000 hektar pula dituai awal November namun ia berdepan risiko banjir jika tidak sempat dituai menjelang Disember ini.

"Tumpat daerah paling hujung dan air semua mengalir pergi ke sana jadi risiko lebih besar banjir berbanding kawasan lain.