Putrajaya: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Profesor Kehormat Amalan di Kolej Universiti Antarabangsa Spectrum (SIUC), di sini, hari ini.
Dalam ucapan penerimaannya, Mohd Khalid mengingatkan semua graduan bahawa kepimpinan sejati tidak diukur melalui kedudukan atau pangkat tinggi yang disandang.
Beliau berkata, seorang pemimpin dinilai menerusi keikhlasan serta komitmen dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan itulah pengajaran terulung buat dirinya selepas hampir empat dekad berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya berasa amat berbesar hati menerima pelantikan sebagai Profesor Kehormat Amalan di SIUC, yang juga satu pencapaian bermakna serta peluang menghubungkan teori akademik dengan realiti praktikal dalam perkhidmatan awam.








