Putrajaya: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti beberapa individu yang disyaki ada kaitan dengan penemuan 1.16 tan ketamin di atas kapal milik syarikat di Malaysia baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, PDRM sedang mengesan individu terbabit dan akan menjalankan tangkapan dalam masa terdekat.
"Kita akan menjalankan tangkapan secepat mungkin. Kemungkinan pada hari ini ataupun esok. Kita perlu membuat siasatan secara terperinci supaya tindakan kita selaras dengan kehendak undang-undang.
"Individu-individu terbabit polis sudah kenal pasti. Ketika ini, kami sedang cuba mengesan di mana kedudukan mereka dan sebagainya. Ini termasuk syarikat-syarikat berkaitan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.








