WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tahap amaran keselamatan membabitkan kakitangannya yang berada di Asia Barat, kata seorang pegawai risikan AS dalam satu memorandum.
Washington turut mengurangkan jumlah petugas di kedutaan dan konsulat AS, susulan risikan yang mendedahkan rancangan Iran berada pada peringkat lanjutan untuk menyerang AS.
Pegawai risikan memberi amaran kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, dalam satu memorandum pada 23 Oktober lalu mengenai ancaman terhadap kakitangan Jabatan Negara di Asia Barat dan beberapa wilayah lain.
Memorandum yang disediakan Pengarah Perisikan Negara AS, Jay Clayton, menyatakan agensi perisikan menerima maklumat risikan bahawa Iran memperhebat usaha menyasarkan kakitangan AS.








