PUTRAJAYA: Insiden serangan terhadap seorang guru di Kuching yang disiarkan secara penstriman langsung menerusi platform media sosial kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, MCMC masih meneliti dan menyiasat kes berkenaan.

“Saya menyerahkan kepada suruhanjaya itu untuk membuat kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan meminta penjelasan daripada Meta berhubung kegagalan Facebook mengesan atau menghalang siaran langsung itu sebaik sahaja ia bermula.