KUCHING - Polis mengesahkan pelajar lelaki berusia 16 tahun melakukan penstriman langsung (live streaming) ketika menyerang seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di sini pada pagi Rabu.Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan video yang tular di media sosial melibatkan kejadian tersebut.Bagaimanapun, beliau berkata, kandungan video yang disiarkan menerusi Facebook (FB) sudah diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolahGuru dikejarkan ke hospital selepas rampas objek tajam dibawa pelajar"Pihak MCMC sudah turunkan kandungan FB berkenaan," katanya.Sebelum itu, dalam video berdurasi 12 minit 06 saat memaparkan video dari sudut remaja tersebut yang melakukan serangan terhadap seorang guru wanita.Saifullizan dalam kenyataannya memaklumkan pada kira-kira jam 8.03 pagi, Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah menerima maklumat melalui talian kecemasan berhubung kejadian tersebut."Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan membawa mercun dan mencederakan seorang guru menggunakan kapak."Mangsa, seorang guru wanita, dilaporkan mengalami kecederaan luka pada tangan," katanya.Susulan kejadian itu, Saifullizan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957 (ABKL 1957)."Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian serta mendapatkan bukti-bukti berkaitan," katanya.