NIBONG TEBAL - Pelajar Tingkatan Enam akan menerima elaun sara hidup berjumlah RM2,500 yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 mulai semester pertama tahun depan, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek."Sebaik sahaja proses pendaftaran semua pelajar Tingkatan Enam selesai, kita akan menyalurkan bantuan itu pada semester pertama mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia Peringkat Parlimen Nibong Tebal di sini pada Ahad.Beliau berkata, elaun itu akan diberikan secara berperingkat sepanjang tiga semester pengajian, dengan jumlah kira-kira RM800 bagi setiap semester.Fadhlina berkata, pemberian itu membuktikan komitmen kerajaan khususnya dalam membantu menyokong keperluan pelajar Tingkatan Enam dari segi pembelajaran, selain meningkatkan kualiti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Pada 9 Oktober lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju memberikan elaun sara hidup itu, yang menyamai elaun diterima pelajar matrikulasi, dan dijangka memanfaatkan 90,000 pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara.Pemberian elaun itu adalah antara 12 resolusi yang dibangkitkan pada Kongres Prauniversiti Madani di Klang, Selangor pada Ogos lepas. - Bernama
Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama tahun depan - Fadhlina

Key takeaways
Pelajar Tingkatan Enam akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM2,500 bermula semester pertama tahun depan, seperti diumumkan dalam Belanjawan 2027. Bantuan ini bertujuan menyokong keperluan pembelajaran dan meningkatkan kualiti peperiksaan STPM.
- Elaun sebanyak RM2,500 akan disalurkan secara berperingkat sepanjang tiga semester pengajian.
- Kira-kira 90,000 pelajar Tingkatan Enam di seluruh negara dijangka mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
- Jumlah elaun ini menyamai bantuan yang diterima oleh pelajar program matrikulasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pelajar Tingkatan 4 didakwa bunuh Irene Sofiya
- Sinar Harian Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama tahun depan - Fadhlina (this story)
- Utusan Malaysia Elaun Tingkatan Enam diberi bermula semester pertama – Fadhlina







