PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 5,801 unit mainan span lembut atau squishy bernilai RM70,428 menerusi pemeriksaan di seluruh negara dari 1 hingga 14 Oktober lalu.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata pemeriksaan itu melibatkan 1,845 premis termasuk pengilang, pengimport, pemborong dan peruncit."Sebanyak 15 kes tindakan penguatkuasaan direkodkan susulan kegagalan pihak terlibat mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan atau tanda MC seperti yang ditetapkan."KPDN memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Menurut Azman, penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standard keselamatan ditawarkan kepada pengguna."Orang ramai, khususnya ibu bapa, dinasihatkan supaya menyemak label dan tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli mainan untuk anak-anak," katanya.Beliau berkata, pengguna yang mempunyai maklumat mengenai penjualan mainan yang mencurigakan boleh menyalurkan aduan kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000 atau 019-279 4317, portal e-Aduan KPDN, Pusat Panggilan di talian 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.
KPDN sita 5,801 mainan ‘squishy’ bernilai RM70,428

Key takeaways
KPDN menyita 5,801 unit mainan squishy bernilai RM70,428 hasil pemeriksaan di 1,845 premis pada Oktober lalu. Tindakan ini diambil kerana kegagalan pihak terlibat mempamerkan tanda pematuhan standard keselamatan yang diwajibkan.
- Pemeriksaan melibatkan 1,845 premis termasuk pengilang, pengimport, pemborong dan peruncit di seluruh negara.
- Sebanyak 15 kes penguatkuasaan direkodkan akibat kegagalan mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan (MC).
- Pengguna dinasihatkan menyemak label keselamatan sebelum membeli dan boleh membuat aduan melalui saluran rasmi KPDN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian KPDN sita 5,801 mainan squishy bernilai RM70,428
- Harian Metro KPDN sita 5,801 mainan squishy bernilai RM70,428
- Sinar Harian KPDN sita 5,801 mainan ‘squishy’ bernilai RM70,428 (this story)







