PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) meneliti dan menyiasat kematian Noorizwan Zulkefly, 42, ketika dalam tahanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, 1 Oktober lalu.Mohd Khalid berkata, langkah itu diambil susulan penemuan beberapa kecederaan luar biasa pada tubuh Allahyarham, namun menjelaskan pihaknya masih menanti laporan penuh berhubung punca sebenar kematian."Pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang menyiasat kematian dalam tahanan sudah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini, tetapi kita masih menanti laporan makmal berhubung sebab kematian."Tetapi daripada apa yang kita lihat ini, ada beberapa kecederaan yang agak luar biasa yang memerlukan perhatian, dan saya meminta pihak JSJ, terutama pengarahnya, Datuk M Kumar untuk menjalankan siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Ahad.Mohd Khalid juga sudah mengarahkan pihak JSJ untuk mengeluarkan kenyataan dan memaklumkan perkembangan siasatan kes itu kepada awam secepat mungkin.Terdahulu, media melaporkan hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan pada organ dalaman Noorizwan.Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid dilaporkan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak forensik hanya menemukan kecederaan luaran pada tubuh mangsa.Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah berhubung dengan Ketua Polis Negara dan mengarahkan siasatan telus serta menyeluruh dijalankan berhubung kematian tahanan berkenaan.Kenyataan Perdana Menteri itu dibuat susulan kehadiran waris Noorizwan ke kediaman peribadi Anwar bagi menyerahkan surat rayuan memohon campur tangan secara terus daripada beliau.
Kematian dalam tahanan: KPN arah JSJ Bukit Aman teliti dan siasat

Key takeaways
Ketua Polis Negara memerintahkan JSJ menyiasat kematian Noorizwan Zulkefly semasa dalam tahanan.
- Kematian Noorizwan Zulkefly disiasat oleh JSJ kerana kecederaan luar biasa pada tubuhnya.
- Laporan penuh tentang punca kematian masih menanti hasil makmal.
- Perdana Menteri meminta siasatan telus dan menyeluruh dijalankan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Kosmo , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kematian dalam tahanan: KPN arah JSJ Bukit Aman teliti dan siasat (this story)
- Free Malaysia Today KPN arah JSJ siasat kes kematian Noorizwan








