GEORGETOWN: Mayat seorang doktor berusia 73 tahun dikeluarkan dari timbunan runtuhan dan tiang konkrit yang roboh pagi tadi selepas kejadian tanah runtuh melanda kediamannya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong.
Mangsa, Dr Wong Kar Lin, tertimbus di bahagian dapur rumahnya di Lebuh Rambai 13 susulan kejadian dilaporkan kepada pasukan keselamatan pada jam 8.36 pagi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata anggota penyelamat bertungkus-lumus menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mayat pada jam 11.20 pagi.
"Mangsa sudah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum kerja mengeluarkannya dilakukan berikutan kecederaan trauma parah.








