JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin mendedahkan rahsia di sebalik kejayaan skuad kendaliannya menjuarai Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.

Kejayaan menewaskan Pakistan 4-3 dalam penentuan penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam tempoh permainan sebenar pada aksi final Kejohanan Bawah 21 Tahun itu, membolehkan Young Tigers menamatkan kemarau kejuaraan sejak 2011.

Nor Saiful berkata, beliau memang tidak menjangka untuk menjuarai SOJC namun kekentalan anak buahnya mengharungi empat perlawanan termasuk final tanpa kalah adalah pencapaian membanggakan.

"Pada aksi final kita bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Pakistan 2-2 dan kemudian menerusi penentuan penalti shoot-out kita atasi mereka 4-3.