Langkawi: Pelari jarak jauh kompetitif, Ku Amiruldin Ku Othman, muncul juara kategori Lelaki Terbuka 10 kilometer (km) pada RLYC Nite Run 2026 di Stadium Langkawi, di sini, malam tadi.
Ku Amiruldin yang berpengalaman menyertai pelbagai kejohanan larian jarak jauh dan maraton di seluruh negara berkata, kemampuan mengekalkan rentak larian secara konsisten menjadi kunci kejayaannya.
"Sepanjang perlumbaan, saya mengekalkan rentak larian ketika menyusuri jalan utama menuju ke pekan Kuah sebelum memasuki laluan kampung.
"Saya juga memastikan kedudukan sentiasa di hadapan pelari lain sehingga berjaya melintasi garisan penamat sebagai juara.








