Kuala Lumpur: Pesara kerugian RM47,350 selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto USDT yang diiklankan menerusi kumpulan WhatsApp.

Menurut sumber, lelaki berusia 67 tahun itu mendakwa dia pada mulanya menyertai kumpulan WhatsApp itu awal Ogos lalu sebelum diarahkan mendaftar akaun menerusi laman sesawang.

"Selepas pendaftaran, mangsa mengikuti pembelajaran dalam talian setiap hari sebelum membuat 10 transaksi berjumlah RM47,350 ke dua akaun bank milik syarikat berbeza antara 15 September hingga 9 Oktober lalu.

"Bagaimanapun, mangsa mula mengesyaki dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan wang daripada akaun pelaburan kripto berkenaan," katanya.