KUALA TERENGGANU - Seorang pekerja wanita kedai serbaneka kerugian RM72,467 selepas diperdaya sindiket pekerjaan sambilan dalam talian, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 33 tahun mendakwa menerima satu set pisau kononnya daripada syarikat jualan dalam talian pada 11 Oktober sebelum dihubungi seorang suspek lelaki beberapa hari kemudian. "Suspek memaklumkan ia hadiah cabutan bertuah yang diberikan kepada pelanggan secara rawak sebelum mangsa dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram yang menawarkan pekerjaan sambilan membuat ulasan produk dengan tawaran pendapatan lumayan."Mangsa telah menyelesaikan 30 tugasan dan dijanjikan komisen RM1,200, namun perlu membuat bayaran atas alasan yuran proses bagi mendapatkan komisen itu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Azli berkata, mangsa melakukan pembayaran itu ke enam akaun selama dua hari bermula 20 Oktober dengan menggunakan wang simpanan, hasil jualan barang kemas dan membuat pinjaman daripada rakan.Mangsa membuat laporan polis pada 8.05 malam tadi selepas gagal mendapatkan kembali wang selain tidak dapat menghubungi suspek. - Bernama
Pekerja kedai serbaneka rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket pekerjaan sambilan

Key takeaways
Seorang pekerja wanita rugi RM72,467 selepas ditipu sindiket pekerjaan sambilan dalam talian.
- Mangsa menerima set pisau daripada syarikat jualan dalam talian.
- Suspek menawarkan pekerjaan sambilan dengan pendapatan tinggi.
- Mangsa membuat pembayaran ke enam akaun menggunakan wang simpanan dan pinjaman.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 24, 2026 at 7:51 AM UTC
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Black dakwa rugi RM100,000 dikhianati pekerja sendiri
- Berita Harian Pekerja kedai emas direman 3 hari pecah amanah RM250,000
- Sinar Harian Pekerja kedai serbaneka rugi lebih RM70,000 ditipu sindiket pekerjaan sambilan (this story)








