KUALA LUMPUR: Penyanyi Black Hanifah mendakwa sekali lagi menjadi mangsa penipuan dan pecah amanah membabitkan pekerja yang diberi kepercayaan menguruskan perniagaan vila miliknya di Langkawi, Kedah.

Black atau nama sebenar, Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu, bulan lalu dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Black mendakwa tindakan bekas pekerjanya itu bukan sahaja menyebabkan kerugian besar akibat tempahan penginapan yang terjejas, malah, memberi kesan kepada emosi dan kesihatan mental dirinya serta keluarga.

"Dalam perniagaan, memang ada orang yang tidak jujur dan ada yang betul-betul ikhlas bekerja dengan kita. Saya sudah bersedia menghadapi perkara seperti ini, tetapi ini kali kedua berlaku. Saya terpaksa membuat laporan polis kerana berlaku pecah amanah dan pekerja itu sudah diberhentikan.