Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2027 mengumumkan gaji minimum RM2,000 mulai Jun tahun depan.KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mendakwa pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027 akan mewujudkan pekerja 'dua darjat' susulan pengecualian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Beliau berkata, pengecualian kepada PMKS dengan hasil jualan bawah RM50 juta itu menyebabkan pekerja syarikat besar menikmati gaji minimum RM2,000, manakala pekerja PMKS kekal menerima RM1,700.

Ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, Hamzah berkata keadaan itu membimbangkan memandangkan PMKS menggaji kira-kira lapan juta orang atau separuh daripada tenaga kerja negara.