Kuala Lumpur: Penyanyi, Black Hanifah membuat laporan polis, baru-baru ini terhadap seorang kakitangan yang bertugas di villanya kerana didakwa melakukan pecah amanah.
Black atau nama sebenar, Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, berkata dia juga sudah menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap individu terbabit.
Menurutnya, kejadian ini dianggap dugaan buat dirinya berikutan staf berkenaan sudah dianggap sebagai ahli keluarganya.
"Kes pecah amanah ini membabitkan kakitangan yang bekerja selama lima bulan dengan saya. Kerugian bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi saya kehilangan 100 pengunjung untuk villa saya.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fa9564cf6ee0909e9775b85ca0d12af96.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
