GEORGE TOWN – Mayat lelaki warga emas yang terperangkap di bawah timbunan tanah runtuh di kediamannya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, Ayer Itam di sini, berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 11.20.pagi tadi.

Operasi membawa keluar mayat mangsa iaitu Dr. Wong Kar Lin, 73 itu dilakukan pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, selepas kematian disahkan pada pukul 9.10.pagi tadi.

Mayat mangsa ditemukan di bahagian dapur rumah Kelas A berkenaan, selepas dipercayai dihempap tiang konkrit akibat runtuhan tanah tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pengesahan kematian mang