MBPP mengarahkan pemaju membentangkan hasil kajian impak alam sekitar baharu kepadanya secepat mungkin. (Gambar Wikipedia)GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan arahan henti kerja bagi projek pembinaan sebuah kondominium dan beberapa jalan berhampiran lokasi tanah runtuh yang meragut satu nyawa di Paya Terubong pagi tadi.

Datuk Bandar Rajendran Anthony memberitahu FMT, pemaju diarah segera menjalankan kerja mitigasi di tapak projek dan kajian impak alam sekitar baharu di kawasan terjejas.

Pemaju turut diarah membentangkan hasil kajian itu kepada MBPP secepat mungkin.

Tanah runtuh itu menjejaskan bahagian belakang sebuah rumah di Taman Seri Rambai, Paya Terubong kira-kira 8.30 pagi tadi yang mengorbankan seorang lelaki 73 tahun.