Naib Pengerusi DAP Perak Aziz Bari menegaskan PAS bukan agama dan parti itu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP membangkitkan ke mana hilangnya retorik PAS mengenai negara Islam dan hudud yang tidak lagi kedengaran, sambil menekankan parti itu bukan agama.
Naib Pengerusi DAP Perak Aziz Bari, berkata hakikatnya PAS adalah sebuah parti politik berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan rakyat perlu tahu rekod dan prestasinya.
"Perlu dinyatakan bahawa di Malaysia ada parti-parti yang berunsurkan Islam, baik secara langsung melalui nama rasmi, perlembagaan atau perjuangan mereka.
"DAP sendiri telah menyatakan komitmen menjunjung kedudukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi dalam negara," katanya dalam kenyataan.






