Dr Wong Kar Lin, 73, maut selepas tanah runtuh menghempap bahagian belakang rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong. Dua lagi penghuni terselamat. (Gambar JBPM)GEORGE TOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengkritik kerajaan Pulau Pinang susulan tanah runtuh di Paya Terubong yang mengorbankan seorang doktor 73 tahun kerana pihaknya berulang kali memberi amaran bahaya pembangunan di kawasan lereng bukit itu.

Presiden SAM, Meenakshi Raman, berkata penduduk dan kumpulan alam sekitar sejak sekian lama menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti pemotongan bukit besar-besaran serta risiko yang boleh mengancam rumah berhampiran dan keselamatan orang awam.

Menurutnya, Paya Terubong sememangnya diketahui sebagai kawasan berisiko mengalami tanah runtuh, menjadikan kerja pembinaan berskala besar di lereng bukit kawasan itu amat berbahaya.