Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak mahu rakyat lihat teguran baginda sebagai pergeseran dengan kerajaan. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pandangan, teguran, dan kebimbangan disuarakan berkaitan pentadbiran negeri bukan bertujuan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.
Sebaliknya, baginda bertitah perkara itu disuarakan bagi memastikan kebajikan dan keselesaan rakyat sentiasa diberikan perhatian utama.
“Beta tidak mahu rakyat melihat teguran beta sebagai suatu pertelingkahan atau pergeseran antara beta dengan kerajaan. Sebaliknya beta mahu setiap teguran dilihat sebagai sebahagian daripada tanggungjawab beta untuk memastikan pentadbiran negeri sentiasa mengambil berat kepentingan rakyat dan masa depan negeri Selangor.






