George Town: Arahan henti kerja dikeluarkan susulan kejadian tanah runtuh di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini, hari ini, manakala penduduk lima rumah dinasihatkan berpindah sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebimbangan terhadap keselamatan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk A Rajendran berkata, projek berkenaan membabitkan pembinaan jalan raya dan pangsapuri yang sudah dilaksanakan lebih setahun lalu.
Beliau berkata, Pejabat Tanah akan menyelaraskan urusan bagi penduduk yang perlu dipindahkan.
"Buat masa ini, arahan henti kerja sudah dikeluarkan terhadap projek pembangunan berhampiran lokasi tanah runtuh.








