Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata proses siasatan berhubung isu Zetrix AI Bhd dan Felda telah diserahkan kepada badan penguatkuasaan untuk diselesaikan secara telus.KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tiada arahan dikeluarkan untuk menghentikan atau menangguhkan siasatan berhubung isu Zetrix AI Bhd dan Felda, sebaliknya proses itu diserahkan kepada badan penguatkuasaan untuk diselesaikan secara telus.
Beliau bagaimanapun mengakui, siasatan bagi sesetengah kes mengambil masa yang panjang, namun kelewatan itu tidak bermakna kerajaan cuba melindungi mana-mana pihak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat laporan polis terhadap isu Zetrix AI Bhd manakala Suruhanjaya Sekuriti turut membuka fail dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2Fcf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)