KUALA LUMPUR: Peluang mengembangkan kerjaya lakonan ke pasaran antarabangsa tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh pelakon Trisha Ooi, 27, yang sanggup menyahut cabaran apabila menerima tawaran uji bakat dari Indonesia, baru-baru ini.

Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi berkata, dia menerima panggilan terus daripada sebuah produksi di negara jiran itu untuk menghadiri uji bakat tertutup bagi siri televisyen yang bakal memasuki musim kedua.

Katanya, produksi berkenaan sedang mencari pelakon yang mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri bagi menjayakan watak tertentu dalam siri terbabit.

"Kalau ada peluang untuk berlakon di luar negara, saya akan pergi. Baru-baru ini, saya ke Indonesia selepas dihubungi pihak produksi di sana. Saya tidak beritahu sesiapa pun mengenai perkara itu.