MELAKA: Seramai 13 muka baharu daripada keseluruhan 21 calon yang diumumkan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dalam usaha menyuntik nafas baharu ke dalam barisan calonnya.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata gabungan berkenaan turut mengekalkan lima penyandang, manakala tiga lagi calon yang diketengahkan pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Katanya, pemilihan calon mengambil kira pengalaman, kemampuan serta potensi mereka untuk menyumbang kepada pentadbiran negeri.

Kata beliau, barisan calon kali ini merangkumi individu berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri dan agensi berkaitan, selain golongan profesional serta bakat muda.