Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Space Dollah mendoakan adiknya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dan isteri, Bella Astillah terus bahagia dan dikurniakan zuriat yang ramai.
Space Dollah atau nama sebenar, Syed Abdullah berkata, dia sangat gembira meraikan majlis resepsi adiknya dan ipar yang ditunggu-tunggu sejak lama ketika Syed Saddiq dan Bella mula 'bercouple'.
"Saya amat gembira sebab sudah nantikan hari bahagia BASS (Bella Astillah dan Syed Saddiq) ini untuk jangka masa sangat lama. Daripada melihat mereka berkembang sebagai 'couple', sampailah bercinta sehingga akhirnya berkahwin.
"Ia momen sangat indah dalam keluarga kita. Malah, tugas saya pun daripada menjadi Presiden BASS kini sudah tamat dan sekarang dikenali Uncle BASS kerana menguruskan anak saudara, Ayden dan Ara.










