GEORGETOWN: Seorang penduduk tinggal berhampiran lokasi tanah runtuh di Taman Seri Rambai mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat seperti batu runtuh kira-kira jam 2 pagi ketika sedang tidur.

Hanya mahu dikenali sebagai Lim, 30-an, berkata bunyi itu mendorongnya keluar rumah untuk memeriksa apa yang berlaku.

"Saya sedang tidur apabila terbangun kerana terdengar bunyi kuat seperti batu jatuh," katanya ketika ditemui.

Pada jam 8.36 pagi tadi, seorang lelaki ditemukan meninggal dunia apabila bahagian belakang rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini, ditimbus tanah runtuh.