Georgetown: Seorang penduduk yang tinggal berhampiran lokasi tanah runtuh di Taman Seri Rambai mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat seperti batu runtuh kira-kira jam 2 pagi ketika sedang tidur.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 30-an, berkata, bunyi itu mendorongnya keluar rumah untuk memeriksa apa yang berlaku.
"Saya sedang tidur apabila terdengar bunyi kuat seperti batu jatuh," katanya ketika ditemui.
Terdahulu, dilaporkan seorang lelaki ditemui meninggal dunia apabila bahagian belakang rumahnya di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini, ditimbus tanah runtuh pagi tadi.










