Tanah runtuh yang menjejaskan bahagian belakang sebuah rumah di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, pagi tadi. (Gambar JBPM)GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam tanah runtuh yang menjejaskan sebuah rumah di Taman Seri Rambai, Paya Terubong, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.36 pagi tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dikejarkan ke lokasi.
"Kejadian menjejaskan bahagian belakang sebuah rumah dan laporan awal memaklumkan terdapat tiga mangsa, iaitu penghuni rumah itu, namun dua daripadanya berjaya menyelamatkan diri.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F453234432234324_895682.png&w=480&output=webp&q=85&we)