Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin berkata episod itu memperlihatkan kedudukan MCA yang memalukan dalam Barisan Nasional, manakala Setiausaha Pemuda DAP Lim Chun Weng berkata parti itu perlu menunjukkan ia benar-benar mempunyai maruah.PETALING JAYA: Dua pemimpin DAP mencabar MCA mengambil tindakan lebih drastik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka selepas meninggalkan majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) bagi PRN Melaka semalam.
Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin, mencabar MCA keluar daripada BN sepenuhnya, manakala Setiausaha Pemuda DAP, Lim Chun Weng, mencabar parti itu bertanding PRN Melaka menggunakan logo sendiri.
Chong berkata, episod itu memperlihatkan kedudukan MCA yang memalukan dalam BN, apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi parti berkenaan diberikan kepada parti lain sebarang rundingan terlebih dahulu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F03%2F1b493e4560537de15030afcd549150b3.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)