KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi DAP Melaka, Damian Yeo, sanggup meninggalkan politik daripada menyokong sebarang langkah Pakatan Harapan (PH) menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban kepada calo BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pertengahan bulan depan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kemungkinan berkenaan ketika membincangkan calon, strategi kempen dan landskap politik bersama seorang lagi bekas Pengerusi DAP Melaka.
"Namun, apabila saya mendengar bahawa rancangan di bawah PH Plus mungkin membabitkan penyerahan kerusi Bemban kepada BERSATU, reaksi spontan saya ialah... Lupakan sahaja, saya tarik diri," katanya menerusi hantaran di Facebook.









