Pemimpin DAP Sheikh Umar Bagharib Ali berkata Khairy Jamaluddin hanya lebih lantang mengkritik Najib Razak berhubung skandal 1MDB selepas Barisan Nasional hilang kuasa pada 2018.PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP mencabar Khairy Jamaluddin menyatakan pendiriannya berhubung 47 pertuduhan terhadap Presiden Umno Zahid Hamidi yang dihentikan dalam kes Yayasan Akalbudi.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan sama ada Khairy berpegang kepada prinsip kebertanggungjawaban yang sama apabila melibatkan sekutu politiknya.

Ia susulan kenyataan bekas ketua Pemuda Umno itu bahawa salah laku tidak seharusnya dipertahankan, termasuk jika membabitkan pemimpin parti sendiri.