GEORGE TOWN – Bunyi kuat seperti guruh mengejutkan seorang penduduk yang sedang tidur apabila kejadian tanah runtuh berlaku kira-kira jam 8.02 pagi pada Ahad.Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 30-an, berkata, bunyi runtuhan itu sangat kuat memandangkan lokasi kejadian terletak hanya 20 meter dari kediamannya.Menurutnya, dia yang sudah menetap di kawasan berkenaan lebih 30 tahun bersama isteri serta ibu bapanya segera keluar untuk melihat apa yang berlaku sebaik terdengar bunyi berkenaan."Saya sedang tidur ketika terdengar bunyi kuat seperti guruh kira-kira jam 8 pagi. Bunyi itu sangat kuat kerana lokasi kejadian memang dekat dengan rumah saya."Saya kemudian keluar untuk melihat keadaan dan mendapati kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berhampiran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Lim berkata, dia mengenali mangsa yang juga jirannya itu berdasarkan kebiasaan melihat lelaki berkenaan melakukan kerja berkebun pada setiap hujung minggu.Menurutnya, mangsa dipercayai berusia lingkungan 60-an dan merupakan seorang doktor yang tinggal di situ bersama seorang lagi individu dipercayai isterinya.Kejadian bukan kali pertamaBercerita lanjut, Lim berkata, kejadian tanah runtuh itu bukan pertama kali berlaku di kawasan berkenaan kerana insiden sama pernah dilaporkan kira-kira 10 tahun lalu berhampiran sebuah kuil kecil di bahagian belakang kawasan itu.Menurutnya, kawasan tanah runtuh terdahulu sudah dibaiki namun penduduk tetap bimbang apabila cadangan pembangunan bangunan tinggi setinggi 47 tingkat diteruskan di kawasan berkenaan."Sejak dahulu lagi, setiap kali hujan lebat, lumpur sering mengalir hingga menutupi jalan. Setakat yang saya lihat, tindakan pihak pemaju hanya menghantar pekerja untuk membersihkan jalan berkenaan."Apabila hujan lebat dari bulan ke bulan, keadaan itu berulang dan menyebabkan kami sentiasa berasa bimbang," katanya.Lim berkata, dia pernah membuat aduan mengenai keadaan itu namun mengakui sukar mengemukakan bukti kukuh kerana bukan pakar dalam bidang berkaitan.Katanya, penduduk hanya mampu menyuarakan kebimbangan berdasarkan keadaan yang dilihat sendiri terutama apabila kejadian seumpama itu berulang setiap kali hujan lebat.Menurutnya, penduduk di taman perumahan berkenaan juga pernah membantah projek pembangunan itu namun projek berkenaan tetap diteruskan.Katanya lagi, berdasarkan maklumat yang didengarinya daripada penduduk lain, pembangunan itu pada asalnya dikatakan dirancang setinggi 20 tingkat sebelum didakwa bertukar kepada projek bangunan tinggi kira-kira 47 tingkat selepas berlaku perubahan pemaju.Bagaimanapun, Lim menegaskan bahawa maklumat berkenaan hanya berdasarkan perkara yang didengarinya dan dia tidak dapat mengesahkan kesahihannya."Penduduk memang menentang projek itu, tetapi ia tetap diteruskan. Kami sudah lama tinggal di sini dan setiap kali hujan lebat, kami berasa takut kerana kawasan pembangunan itu terletak berhampiran kediaman."Jalan Bukit Kukus juga sudah terkenal dengan kejadian
Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - Saksi

Key takeaways
Seorang lelaki maut akibat tanah runtuh di George Town, dengan saksi mengakui bunyi kuat dari kejadian yang berlaku dekat rumahnya.
- Tanah runtuh berlaku kira-kira jam 8.02 pagi di kawasan berhampiran rumah saksi.
- Saksi mengenali mangsa sebagai jirannya yang sering berkebun pada hujung minggu.
- Kawasan itu pernah mengalami tanah runtuh sebelum ini sekitar 10 tahun lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki ditemukan maut tertimbus tanah di Pasir Gudang
- Berita Harian Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumah
- Sinar Harian Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - Saksi (this story)
- Free Malaysia Today Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di P Pinang








