IPOH - Dua wartawan cedera selepas kereta dinaiki mereka terbalik dirempuh sebuah lori dari arah belakang ketika dalam perjalanan tugasan liputan program Timbalan Perdana Menteri pada Ahad.Kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur Afiradina Arshad, 34, dan wartawan New Straits Times (NST), Zahratulhayat Mat Arif, 37, berada di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Taman Kledang Permai, Menglembu.Kedua-dua mereka menaiki kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari Meru Raya bagi membuat liputan majlis perasmian program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk yang dihadiri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Nur Afiradina yang memandu kereta menerima rawatan di zon kuning Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh akibat cedera di tangan dan leher manakala Zahratulhayat menerima rawatan pesakit luar dengan kesan lebam di muka dan tangan.Kedua-dua mereka yang juga ahli Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.Zahratulhayat berkata, semasa kejadian, kenderaan mereka sedang berhenti di persimpangan tersebut kerana keadaan lampu isyarat merah.Bagaimanapun katanya, secara tiba-tiba satu rempuhan diikuti dentuman kuat berlaku dari arah belakang."Kereta dinaiki kami berpusing beberapa kali sebelum terbalik. Kami hanya sedar ada sebuah lori melanggar bahagian belakang apabila berjaya keluar dari kenderaan," katanya kepada Sinar Harian.Akibat rempuhan itu, kenderaan dinaiki mereka mengalami kerosakan teruk kesan remuk di bahagian belakang dan tepi dengan sebahagian cermin pecah.Lori yang dipandu seorang lelaki itu pula hilang kawalan sebelum terbabas ke kawasan semak di laluan bertentangan.Difahamkan, pemandu lori berkenaan turut cedera dan dirawat di hospital sama.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.Sementara itu, Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook menzahirkan rasa sedih menerima berita kemalangan yang menimpa kedua-dua pengamal media berkenaan.Beliau mendoakan agar urusan rawatan mereka dipermudahkan serta segera sembuh.
'Kereta berpusing beberapa kali sebelum terbalik' - Dua wartawan kemalangan ketika tugasan TPM

Key takeaways
Dua wartawan cedera selepas kereta mereka terbalik dirempuh lori semasa dalam perjalanan tugasan di Ipoh.
- Kedua-dua wartawan dari Bernama dan NST cedera dalam kemalangan.
- Kemalangan berlaku di persimpangan lampu isyarat semasa kereta berhenti.
- Kedua-duanya kini stabil selepas menerima rawatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 2 beranak maut kereta dihempap kontena terbalik di Sepanggar
- Sinar Harian 'Kereta berpusing beberapa kali sebelum terbalik' - Dua wartawan kemalangan ketika tugasan TPM (this story)







