KLANG - Orang Besar Istana Engku Maharaja Lela Setia, Paduka Datuk Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail mendahului senarai enam penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad.Berangkat sama pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah di sini ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz.Istiadat turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan barisan Exco kerajaan negeri.Syed Budriz Putra Jamalullail yang juga Presiden Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Seri kepada penerima wanita sementara isteri ahli lelaki menggunakan gelaran Datin Seri.Darjah S.P.M.S turut dikurniakan kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.Sultan Selangor juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) kepada Datuk Diraja Selangor Datuk Lela Jasa Diraja Datuk Richard Alexander John Curtis dan bekas Penasihat Undang-undang Negeri Selangor (2020-2026) Datuk Salim Soib @ Hamid.Pengurniaan darjah itu membawa gelaran Dato' Setia kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Setia kepada penerima wanita.Selain itu, turut berlangsung hari ini ialah Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato' Diraja Selangor.Dalam istiadat itu, dua individu dimasyhurkan sebagai Orang Besar Istana iaitu Raja Datuk Reza Alhaj Raja Zaib Shah Alhaj dengan gelaran Engku Sri Paduka Diraja dan Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj dengan gelaran Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.Yang turut dimasyhurkan ialah Datuk Dr Aljafri Abdul Majid sebagai Dato’ Diraja Selangor dengan gelaran Dato' Sri Maharaja Diraja.Dalam istiadat itu, mereka mengangkat sumpah dan menandatangani akuan sumpah gelaran sebelum dikurniakan keris panjang daripada Sultan Sharafuddin.Mereka juga perlu meninggalkan negeri Selangor selama tujuh hari bermula hari ini sebelum kembali bagi istiadat menjunjung duli.Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dalam kenyataan berkata sebanyak 25 calon telah diperakukan dalam Mesyuarat Dewan di-Raja pada 6 Oktober sebagai penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor sebelum senarai tersebut mendapat perkenan Sultan Selangor."Daripada jumlah itu, enam penerima Darjah Kebesaran Kelas Pertama akan menerima pengurniaan pada 25 Okt manakala 19 penerima Darjah Kebesaran Kelas Kedua dan Ke
Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail dahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor

Key takeaways
Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail mendahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor sempena sambutan Jubli Perak.
- Syed Budriz Putra Jamalullail dianugerahi Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.
- Darjah S.P.M.S. diberikan kepada enam individu termasuk Timbalan Perdana Menteri.
- Sultan Selangor juga mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Setia kepada dua individu lain.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Orang Besar Istana Syed Budriz Putra Jamalullail dahului enam penerima Darjah Kebesaran Selangor (this story)







