Helikopter BO-105 yang mengendalikan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Miri ke Long Lellang ketika terhempas dekat Lapangan Terbang Landasan Pendek Long Lellang pada 8 Sept lalu. (Gambar Facebook)KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesan beberapa isu penyelenggaraan ketika pemeriksaan ke atas syarikat mengendalikan helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) yang terhempas di Sarawak bulan lalu dan mengorbankan lima mangsa.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata CAAM melaksanakan audit pengawasan terhadap operasi penyelenggaraan Layang Layang Aerospace Sdn Bhd dari 1 hingga 4 Sept lalu, dengan pemeriksaan susulan selesai pada 6 Sept, dua hari sebelum nahas berlaku.