KOTA BHARU - Seorang TikToker yang juga penjual laksa didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Ahad selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menggelarnya pelacur menerusi aplikasi WhatsApp pada 1 November tahun lalu.Tertuduh, Nur Hazwani Mustapha, 39, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Vinoshen Raveentharan.Mengikut pertuduhan, penjual laksa itu didakwa menggunakan perkataan yang bertujuan mengaibkan kehormatan bekas madunya, Nur Faezah Sohaimi, 33, menerusi aplikasi WhatsApp dengan menyifatkan mangsa sebagai pelacur.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 11.30 pagi, 1 November 2025, di Kampung Dusun Muda di sini.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Baihaqi Mohd Saidi sementara tertuduh diwakili peguam, Muhammad Husni Mubarak GhazaliMuhammad Husni dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman ke atas anak guamnya atas alasan wanita terbabit merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat anak berusia antara enam hingga 17 tahun.Katanya, tertuduh hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM50 sehari hasil perniagaannya menjual laksa.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM4,500.Tertuduh kemudian membayar wang jaminan tersebut.
Padah gelar bekas madu pelacur, TikToker jual laksa didenda RM4,500

Key takeaways
Seorang TikToker didenda RM4,500 kerana menggelar bekas madu sebagai pelacur melalui WhatsApp.
- Tertuduh, Nur Hazwani, mengaku bersalah atas mengaibkan kehormatan wanita melalui pesan WhatsApp.
- Kesalahan dilakukan pada 1 November 2025 di Kampung Dusun Muda, Kota Bharu.
- Pemohon memohon hukuman diringankan kerana tertuduh ibu tunggal dengan empat anak.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Padah gelar bekas madu pelacur, TikToker jual laksa didenda RM4,500 (this story)
- Utusan Malaysia TikToker jual laksa didenda RM4,500 gelar bekas madu pelacur









