SHAH ALAM - Setiausaha DAPSY, Lim Chun Weng mencabar MCA supaya menggunakan logo parti sendiri dan bertanding di kerusi tradisinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi membuktikan keberanian politik sebenar.Beliau berkata, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sendiri menegaskan bahawa partinya mahu 'hidup dengan maruah'.Jika tidak, menurutnya, tindakan kepimpinan MCA keluar beramai-ramai sebagai tanda protes tidak lebih daripada lakonan politik untuk meraih undi simpati."Ka Siong tidak berpuas hati apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA diberikan kepada Perikatan Nasional (PN), sehingga memimpin barisan kepimpinan MCA keluar beramai-ramai dari majlis berkenaan," menurutnya dalam satu kenyataan pada Ahad.Tindakan Ka Siong meninggalkan dewan ketika majlis pengenalan calon Barisan Nasional bagi PRN Melaka pada malam Sabtu mencetuskan persoalan mengenai pendirian parti itu berhubung pengagihan kerusi.Ka Siong turut difahamkan mengarahkan ahli MCA supaya meninggalkan dewan berkenaan ketika majlis berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu.Perkembangan tersebut mencetuskan tanda tanya sama ada tindakan berkenaan mempunyai kaitan dengan ketidakpuasan hati MCA terhadap pembahagian kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu bagi menghadapi PRN Melaka.Bagaimanapun, Chun Weng berkata, perkara yang mahu dilihat rakyat bukan sekadar tindakan keluar dewan, tetapi sama ada MCA berani mengambil tindakan seterusnya."Jika MCA benar-benar merasakan BN tidak menghormatinya dan maruah MCA telah dipijak, maka jangan lagi bergantung kepada lambang dacing BN."Kalau benar ada maruah, gunakan logo MCA sendiri dan bertandinglah di kerusi tradisi MCA yang mahu diserahkan kepada PN."Jika akhirnya MCA tetap kembali bertanding di bawah panji BN dan menerima pembahagian kerusi tersebut, apa maknanya tindakan keluar beramai-ramai ini," soalnya.Chun Weng turut mempersoalkan dakwaan Ka Siong bahawa beliau tidak mengetahui lebih awal mengenai pengumuman calon pada majlis berkenaan."Pelbagai media telah melaporkan bahawa BN akan mengadakan perhimpunan dan mengumumkan calon."Tetapi Presiden MCA, yang juga merupakan pemimpin sebuah parti komponen BN, memberitahu seluruh negara bahawa beliau sendiri tidak tahu?"Jika media pun tahu, tetapi Presiden MCA sendiri tidak tahu, adakah ini bermakna BN langsung tidak lagi pentingkan MCA atau segala kejutan dan kemarahan yang dipamerkan itu sekadar lakonan untuk tontonan pengundi," soalnya lagi.Beliau berkata, sekiranya MCA akhirnya menerima keputusan BN, menyerahkan kerusi tradisinya kepada PN dan terus bertanding menggunakan lambang BN, parti itu harus berhenti menggambarkan dirinya sebagai mangsa."Maruah politik bukan sekadar keluar dari dewan selama 10 minit atau mengadakan sidang media di luar dewan dengan beberapa kenyataan keras."Maruah politik diuji apabila tiba saatnya untuk mempertahankan pendirian."Wee Ka Siong sendiri yang membangkitkan soal ‘maruah&
Jika MCA bermaruah, guna logo sendiri tanding di kerusi tradisi - DAP

Key takeaways
DAP mencabar MCA untuk bertanding di kerusi tradisinya menggunakan logo sendiri dalam PRN Melaka bagi membuktikan keberanian politik. Tindakan ini disuarakan susulan ketidakpuasan hati MCA terhadap pengagihan kerusi yang diberikan kepada Perikatan Nasional.
- Lim Chun Weng mencabar MCA guna logo sendiri di kerusi tradisi PRN Melaka.
- Presiden MCA, Wee Ka Siong, meninggalkan majlis pengenalan calon BN atas isu kerusi.
- DAP mendakwa tindakan keluar dewan MCA hanyalah lakonan politik untuk meraih simpati.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PN boleh bertanding, guna logo di PRN Melaka
- Free Malaysia Today After walkout, DAP duo dare MCA to quit BN, use own logo
- Free Malaysia Today 2 pemimpin DAP cabar MCA tinggalkan BN, guna logo sendiri
- Sinar Harian Jika MCA bermaruah, guna logo sendiri tanding di kerusi tradisi - DAP (this story)









