BATU PAHAT – Hasrat seorang anak untuk membawa ibu dan bapanya keluar makan bersama hari ini tidak kesampaian apabila kedua-dua insan tersayang itu maut dalam kemalangan bersama dua cucu mereka di Kilometer 107, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Yong Peng di sini semalam.
Lebih menyayat hati, Ab Shukor Athan, 68, sempat membuat panggilan video menerusi kumpulan WhatsApp keluarga untuk memaklumkan mengenai kemalangan dan meminta anak-anaknya pulang.
Anak sulungnya, Mohd. Zaharuddin Ab Shukor, 45, berkata, dia menerima panggilan itu kira-kira pukul 5 petang ketika bekerja sebagai tukang masak di Singapura.
Menurutnya, bapanya sempat memberitahu mengenai kemalangan sebelum memintanya dan adik-beradik lain pulang.










