KUALA LUMPUR: Pengguna telefon pintar didapati lebih aktif mengemas kini peranti berbanding pengguna komputer peribadi (PC), namun ramai masih mengabaikan amalan keselamatan asas bagi melindungi maklumat peribadi dan kewangan.
Tinjauan Kaspersky mendapati 77 peratus pengguna telefon pintar kerap mengemas kini sistem operasi dan aplikasi, berbanding hanya 53 peratus pengguna PC.
Kajian oleh pusat penyelidikan pasaran Kaspersky itu dijalankan pada Mac 2026, membabitkan 7,200 responden dari 18 negara termasuk Malaysia.
Walaupun kadar kemas kini peranti agak tinggi, amalan keselamatan lain masih rendah dalam kalangan kedua-dua kumpulan pengguna.









