Ryt Bank menjadi bank digital pertama di Malaysia yang menyokong Apple Pay dan Google Pay. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelanggan Ryt Bank kini boleh menambah Ryt Card ke dalam Apple Wallet dan menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran di kedai, dalam talian serta aplikasi.

Ryt Bank berkata pelancaran itu menjadikannya bank digital pertama di Malaysia yang menyokong kedua-dua Apple Pay dan Google Pay.

Bank digital itu mula menawarkan sokongan Google Pay untuk Ryt Card pada Januari lalu.

Melalui Apple Pay, pelanggan boleh membuat pembayaran tanpa sentuh menggunakan peranti Apple yang serasi di premis yang menerima perkhidmatan berkenaan.