Abu Dhabi: Erling Haaland kini memiliki kediaman mewah baharu di Abu Dhabi dan ayahnya, Alfie akan tinggal di rumah bersebelahan dengan penyerang Manchester City itu.

Peminat bertuah Manchester City di Timur Tengah mungkin terserempak dengan penyerang kegemaran mereka itu semasa membuang sampah susulan perpindahan mengejutnya.

Haaland mendedahkan berita tentang kediaman baharunya itu menerusi tayangan video semasa kemunculan di acara pelancaran kerjasama antara Manchester City dengan syarikat hartanah Ohana Residences.

Bercakap secara langsung kepada penonton di Etihad Arena, UAE, bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berkata 'Hai semua, saya sangat gembira kerana saya menyertai projek Manchester City Ohana ini.