KUALA TERENGGANU - Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad melepas dan membebaskan seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) daripada enam pertuduhan menyalahgunakan wang persatuan berjumlah RM15,350, kira-kira 10 tahun lepas.Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Amran Ghazali, 61, pada akhir kes pembelaan.Dalam penghakimannya, Azman berkata, mahkamah mendapati keterangan berhubung penggunaan wang itu oleh lelaki tersebut adalah konsisten dengan tujuan untuk kegunaan persatuan dan tidak menunjukkan dia secara curang menyalahgunakan wang itu."Saya telah menimbang dakwaan kes terhadap tertuduh dan saya mendapati wang digunakan tertuduh adalah untuk kegunaan program Risda negeri (persatuan) dan ia selari dengan keterangan saksi pendakwaan ketujuh (SP7)," katanya.Mahkamah mengarahkan wang jaminan Mohd Amran sebanyak RM6,000 dikembalikan.Pada 2021, Mohd Amran yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir di Pejabat Risda Terengganu didakwa atas enam pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM15,350 antara 2016 dan 2017.Dia yang ketika itu ahli Persatuan Kakitangan Islam Pejabat Risda Terengganu dituduh menyalahgunakan wang milik persatuan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau sebat dan denda, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Amalina Najwa Mohd Ali manakala Mohd Amran diwakili peguam Muhammad Abdul Rahman Ab Razak. - Bernama
Pesara Risda bebas tuduhan salah guna wang persatuan 10 tahun lepas

Key takeaways
Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu membebaskan seorang pesara Risda daripada enam pertuduhan salah guna wang persatuan kerana pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
- Tertuduh Mohd Amran Ghazali dituduh menyalahgunakan wang persatuan berjumlah RM15,350 antara tahun 2016 dan 2017.
- Hakim mendapati penggunaan wang tersebut selaras dengan tujuan kegunaan program Risda negeri dan bukan untuk kepentingan peribadi.
- Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pesara bebas tuduhan salah guna wang persatuan RISDA
- Sinar Harian Pesara Risda bebas tuduhan salah guna wang persatuan 10 tahun lepas (this story)









