Kota Bharu: Seorang TikToker yang juga penjual laksa didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita di Kampung Dusun Muda, pada 1 November 2025.
Nur Hazwani Mustapha, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Vinoshen Raveentharan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, wanita itu mengaibkan kehormatan Nur Faezah Sohaimi, 33, menggunakan aplikasi WhatsApp dengan menyamakannya dengan pelacur.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.









