KOTA BHARU: Seorang TikToker yang juga penjual laksa didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita di Kampung Dusun Muda, November tahun lalu.
Nur Hazwani Mustapha, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Vinoshen Raveentharan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Wanita itu mengaku mengaibkan kehormatan Nur Faezah Sohaimi, 33, menggunakan aplikasi WhatsApp dengan menyamakannya dengan pelacur.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.








